Buat Sendiri Stok Rempah Sup Yang Sedap! Jimat Masa, Mudah, & Tahan Lama

 




DIY Stok Rempah Sup, Mudah & Tahan Lama

Mesti ramai peminat menu yang ada sup-sup ini kan? Nak pula kalau digandingkan dengan mi atau bihun yang dicelur ataupun makan bersama nasi.

Kebanyakan wanita yang bekerja atau suri rumah ingin jimatkan masa ketika memasak.

Jadi, kekangan masa untuk memasak kadangkala menjadikan hidangan ini bukan menu utama pilihan kerana consume banyak masa untuk mereneh.

Jadi, min akan kongsikan cara buat stok rempah sup dan tahan lama supaya korang dapat jimatkan masa untuk memasak pelbagai menu.

Resepi Stok Rempah Sup

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar – dipotong kecil

3 ulas bawang putih – dipotong kecil

2 inci halia – dipotong kecil

3 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis

1 sudu teh lada hitam

1 sudu teh bunga cengkih

2 sudu besar jintan manis

2 sudu besar jintan putih

Cara-cara penyediaannya:

  1. Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis pula perlu diketuk terlebuh dahulu untuk memudahkan korang mengisar.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan dalam blender, tambahkan air dan kisar sehingga halus. Jika suka, boleh letakkan sedikit minyak.
  3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam bekas bertutup dan simpan ke dalam peti sejuk. Boleh juga masukkan ke dalam bekas kiub ais untuk dijadikan pes berbentuk kiub.
  4. Untuk menggunakan masukkan rempah sup yang telah DIY tadi dalam anggap 1 atau 2 sudu besar ke dalam sup secukup rasa.
  5. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

    Kredit resipi: Mas Lieyana

Comments

Popular posts from this blog

Keajaib Air Rendaman Kurma Yang Terserlah

Surah Yassin Ayat 9 Ilmu Pagar Rumah

Inilah Kisah Pokok Kurma Menangis Kerana Rindu Rasulullah. Subhanallah