Resepi Tradisi Kuih Tepung Bungkus Lembut Berlemak, Kegemaran Sepanjang Zaman!
Kuih tradisi peninggalan nenek moyang kita yang sedap lembut berlemak. Itulah Kuih Tepung Bungkus. Diwarisi dari generasi ke generasi tidak lapuk ditelan zaman.
Mungkin kuih ini agak sukar didapati bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Kalau ada pun mungkin hanya ada dijual di bazar Ramadhan pada bulan puasa.
Jika hendak merasai sendiri keenakan dan kesedapan kuih ini, ada baiknya buat sendiri di rumah. Cara penyediaannya pun tak sukar, senang dan ringkas.
Resepi ini dikongsikan oleh Opah Mas Cotek dan antara resepi warisan yang terbaik.
Berikut kongsinya;
Tepung Bungkus… salah satu kuih fav opah.. mesti buat tiap kali ramadhan.. inti pulak mesti dibalut dengan tepung pulut…perghhh…
Ok dah siap… macam biasa le.. dah siap awal boleh le opah lunjor²kan kaki… ateeeeeeee
Resepi Tepung Bungkus (oleh Mas cotek)
Bahan Tepung Beras (badan luarnya)
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Garam secukup rasa
Bahan Doh Tepung Pulut
- 1 1/2 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- 3 cawan kelapa parut putih
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
- 1 sdb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
- 2 helai daun pandan disimpul
Cara Buat Inti
[1] Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
[2] Masukkan kelapa parut.
[3] Masak sehingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
[4] Dengan api perlahan kacau rata sehingga intinya lembab² sedikit.
[5] Angkat kemudian sejukkan.
[6] Daun pisang Secukupnya dilayur.
Langkah Demi Langkah
[1] Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut, jadikan doh.
[2] Ambil sedikit doh masukkan inti (bentukkan/bulat²kan) opah lonjongkan doh inti tu, dah terbiasa. Buat sehingga habis/ketepikan.
[3] Tepung beras, santan dan garam satukan kemudian masak sehingga pekat dan meruap. Tutup api.
[4] Sediakan daun pisang, ambil 1~2 sdb adunan tepung beras ratakan kemudian masukkan doh berisi inti tadi.
[5] Bungkus dan kemaskan.
[6] Kukus 15 ~20min.
[7] Sejukkan dan sedia dihidangkan.
Sukatan ni ngam-ngam untuk 30 biji.
Selamat Mencuba
Sumber : Mas Cotek
Comments
Post a Comment