“Saya memperuntukkan RM 350k untuk perbelanjaan kesihatan ibu..” Ibu dikebumikan pada malam Jumaat.. Ini pula luahan terakhir Chef Wan buat ibu Undang sebak..
Umum mengetahui, hubungan cef selebriti terkemuka, Chef Wan dan ibunya, Che Ani sangatlah akrab. Malah, dia sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit demi memastikan kebajikan ibunya terbela sehingga ke saat akhir, semalam. Terbaharu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkongsi luahan perasaan mengenai pemergiaan ibunya menerusi sebuah posting di laman Instagram sebenar tadi. “Saya adalah orang terakhir meninggalkan arwah ibu setelah 45 minit orang lain beransur pulang. Kaki saya berasa amat berat untuk melangkah pergi meninggalkan ibu sendirian di kawasan tanah perkuburan,”tulisnya. Chef Wan berkata, walaupun dia sedih dengan pemergiaan ibu tercinta, namun dia terpaksa menerima segala kebenaran meskipun pahit telan. “Saya yakin, kehilangan seseorang sangatlah menyedihkan dan mengambil masa agak lama untuk kembali pulih ke sediakala sepertimana pernah dilalui semasa arwah bapa meninggal dunia sejak lapan tahun lalu. “Setiap kali saya berduka, saya cuba ubati h...